
Cinta! Cinta! Cinta! Spe yang tak nak bercinta kan. Kalau di ikutkan cinta adalah satu perkara yang suci dan indah. Hanya orang yang bercinta tahu bagaimana rasa bila bercinta. Setiap cinta ada kisah yang tersendiri. Bagaimana ia berlaku, dimana berlaku dan apa rasa bila bercinta. Bila dikenangkan balik cerita pasal cinta teringat pula bagaimana kisah cinta aku dengan kekasih hati aku. Bila mula bertemu hati rasa macam lain je. Bak kata orang tua-tua makan tak kenyang tidur tak lena. Tapi tak ler sampai macam tu sekali. Perasaan yang lahir membara, terngiang-ngiang suara di telinga dan hati yang tak tenteram melahirkan satu kata dan ucapan yang tak mampu digambarkan oleh jiwa nurani seseorang. Baik lelaki mahupun perempuan masing-masing ada perasaan mahukan cinta apatah lagi itu memang kewajiban bagi mereka. Siapa yang tidak mahu cinta kan. Aku pun mahu cinta. Cinta itu adalah satu panggilan dan panggilannya boleh menyebabkan seseorang itu lupa akn dirinya. Cinta memang dasyat. Jika tidak tiada lah dikatakan cinta itu membunuh. Sekali cinta dirampas basahlah tanah dan hancurlah dunia seseorang itu. Jadi carilah cinta yang suci dan jaga cinta itu umpama anda menjaga diri anda. Biar berkali-kali kita bercinta tapi hanya satu saja cinta yang ada dihati ini yang tidak boleh ditukar ganti. fikirkanlah sendiri. Wassalam..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan